Monday, March 25, 2013

Kesan Gigitan Pepijat Dan Bagaimana Merawatnya




 Beberapa fakta tentang pepijat:
Pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita sedang tidur. Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan akses kepada manusia bagi mencari makan.Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk pepijat menggigit dan menyuntik air liur

yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.
    Airliur itu juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika

pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat berhenti dan

meninggalkan kita.
    Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala

pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan

merangkak semula menuju ke tempat persembunyian mereka.

Tanda-tanda gigitan pepijat.

    Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa kesan gigitan serangga lain seperti

nyamuk, semut, kutu, pacat atau lain-lainnya.
    Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan gigitan pepijat melalui pemerhatian

pada kesan gigitan tersebut.
        Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar untuk menelah yang ianya

adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada sekali pada kawasan yang sama secara

berkelompok atau linear, ia menunjukkan bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.
        Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat yang sama membuatkan kesan

gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang berhampiran sahaja.
        Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan juga pada kawasan yang sama

mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan pepijat yang berada berhampiran menyorok

di kawasan yang terkena gigitan tersebut.
        Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan kita tergaru-garu juga

merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan

infeksi atau jangkitan pada kulit.
        Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau tompokan hitan beripa najis

pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang kita ada datang daripada pepijat.
    Dimanakah kebiasannya kita mendapat kesan gigitan pepijat.
        Pepijat akan menggigit pada anggota kita di mana-mana saja asalkan ianya terdedah

kepada pepijat. Namun kebiasannya kita digigit pepijat di kawasan anggota seperti berikut:
            Kawasan leher
            Kawasan muka
            Kawasan belakang
            Kawasan tangan dan lengan
            Kawasan kaki.
    Berapa lamakah kesan gigitan tersebut mula terasa dan kekal pada kita.
        Kesan ruam atau gatal pada kulit kita amat bergantung pada individu. Bagi mereka

yang mempunyai alahan ia akan menimbulkan kesan ruam yang teruk dan berpanjangan mungkin

lebih dari seminggu kerana kesan gigitan demi gigitan dalam tempoh beberap hari.
        Bagi mereka yang tidak punyai alahan gigitan pula, kadangkala tidak akan mempunyai

apa-apa kesanpun.
        Ada kes di mana kesan ruam hanya akan muncul setelah beberap hari dan ianya amat

bergantung pada alahan pada setiap individu.
        Secara umumnya kesan gigitan mula muncul setelah beberapa jam daripada gigitan dan

berkekalan selama 2 atau 3 hari sebelum lega. Jika anda punyai alahan ia akan kekal lebih

lama lagi dan kita perlukan rawatan bagi mencegah kesan ini daripada berlanjutan lebih

panjang.
    Adakah gigitan pepejat boleh menyebabkan kita terkena jangkitan penyakit yang merebak.
        Pada umumnya tidak ada lagi laporan mengatakan pepijat membawa penyakit berjangkit.
        Gigitannya hanyalah mendatangkan kesan gangguan dan tidak selesa sahaja.
        Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada alahan pada gigitan ia boleh mendatangkan

kesan mual serta kejutan yang memberikan kesan psikologi tidak dapat tidur.
    Bagaimana merawat kesan gigitan pepijat.
        Untuk menghilang rasa pedih gigitan pepijat, lalukan anggota yang digigit itu pada

air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan kita rasa

lebih selesa.
        Untuk kesan pedih yang kuat anda boleh sapukan lotion antiseptik atau krim

antibiotik.
        Bagi mereka yang ada alahan pada gigitan pepijat, anda boleh gunakan 'oral

antihistamines' bagi menutup deria badan yang mengesan rasa gatal. Ia ada dalam bentuk pil

atau kapsul dan ada juga dalam bentuk semburan.

Bagaimana anda boleh hapuskan terus serangan pepijat daripada rumah anda.


    Cara terbaik adalah dengan memanggil syarikat perkhidmatan kawalan serangga yang

berlesen di kawasan penempatan anda tinggal.
    Arahkan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan rapi pada rumah anda dan upah

mereka untuk membuat rawatan bagi menghapuskan pepijat yang ada.
    Jika anda mahu melakukannya sendiri anda boleh membuat beberapa perkara seperti di

bawah:
        Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.
        Basuh segala tilam, cadar, selimut serta katil anda dengan menggunakan air panas.
        Vacum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vacum berkuasa tinggi.
        Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'.

No comments:

Post a Comment